Tuesday, 16 August 2016

Berlakulah Sebagai Orang yang Merdeka

1 Petrus 2 : 13 - 17
Saudara-saudaraku yang terkasih, demi Allah, tunduklah kepada semua lembaga manusia, baik kepada raja sebagai pemegang kekuasaan tertinggi, maupun kepada wali-wali yang ditetapkannya untuk menghukum orang-orang yang berbuat jahat dan mengajar orang-orang yang berbuat baik.  Sebab inilah kehendak Allah, yaitu supaya dengan berbuat baik kamu membungkam kepicikan orang-orang bodoh.  Hiduplah sebagai orang merdeka, bukan seperti mereka yang menyalahgunakan kemerdekaan itu untuk menyelubungi kejahatan-kejahatan mereka, tetapi hiduplah sebagai hamba Allah.  Hormatilah semua orang, kasihilah saudara-saudaramu, takutlah akan Allah, hormatilah raja!


Banyak hal di dalam kehidupan kenegaraan pada zaman sekarang yang boleh memusatkan fikiran yang positif mahupun negatif terhadap para pemimpin.  Apabila keinginan ataupun hak sebagai rakyat yang tidak terpenuhi, maka pada saat itulah rakyat cenderung untuk lebih menuntut, lebih menyalahkan dan lebih mengutuk para pemimpin.  Sebagai rakyat yang merdeka, di dalam bacaan ini, adalah dituntut untuk 
'Menghormati SEMUA orang''Mengasihi saudara-saudara''Hidup sebagai hamba Allah, takut akan Allah''Hormatilah raja'
Sebagai rakyat sememangnya adalah lumrah apabila telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dan  pada akhirnya apabila terdapat janji-janji para pemimpin yang tidak dikotakan, maka di saat itulah hati terguris dan cenderung untuk berlaku tidak setia atau "tidak hormat" kepada para pemimpin melalui lidah, ideologi yang berpengaruh dan perbuatan menyebarkan maklumat.  Apakah sebenarnya peranan rakyat yang merdeka dalam situasi ini?  Sebagai rakyat, harus sedar bahawa para pemimpin negara itu juga adalah manusia dan mereka juga boleh jatuh ke dalam dosa dalam pelbagai aspek.  Apapun tindakan atau pelaksanaan tugas dan tangggungjawab mereka yang sekalipun jujur atau sekalipun tidak jujur,  diketahui atau tidak diketahui, sebagai rakyat, haruslah menghormati raja(pemimpin).  Peranan terbesar sebagai rakyat adalah dengan MENDOAKAN para pemimpin negara dari organisasi yang terkecil hingga ke besar untuk dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh integriti.  Agar mereka mampu untuk terbuka mendengar suara Tuhan, takut akan Tuhan yang melihat dan mampu mengutamakan keperluan rakyat.  Bukan bagi mereka sahaja, rakyat juga harus berdoa bagi tanggungjawab rakyat itu sendiri, agar Tuhan dapat menjamah hati dan fikiran rakyat sehingga terbuka kepada perubahan-perubahan, serta peranan sebagai rakyat y merdeka.  Agar rakyat lebih terbuka dan bijaksana dalam memilih pemimpin, agar rakyat lebih cergas dan bersemangat untuk memajukan diri dan keluarga masing-masing dan agar rakyat juga bekerja dengan integriti, mengelak rasuah, menjadi saksi y jujur, peka dengan kampung dan daerah masing-masing~  

Bukalah jalan Tuhan untuk para pemimpin negara menerima berkat serta dapat suara Tuhan yang benar melalui doa-doa rakyatnya sehingga mereka juga dapat melaksanakan tugas mereka yang berat penuh dengan keadilan, kebijaksanaan dan integriti.   

 


No comments:

Post a Comment